Video Tutorial : Bagaimana Mencipta HD Video Di Dalam Windows Vista Home Basic

Seperti yang kita ketahui dalam windows xp dan windows vista home basic tidak disediakan dengan kemudahan mencipta HD Video atau lebih mudah kita fahami iaitu High Definition Video. Jadi, setelah membuat beberapa pencarian di Google, saya tidak menjumpai bagaimana cara yang terbaik untuk membuat atau mencipta HD Video dalam Movie Maker bagi sistem pengoperasian Windows Vista Home Basic. Apa yang dijumpai hanyalah plugins dan cara-cara menggunakan plugins bagi HD Video di dalam sistem pengoperasian Windows XP. Saya cuba mengaplikasi langkah-langkah yang digunakan bagi memasukkan plugins HD Video ke dalam Windows XP pada Windows Vista Home Basic. Alhamdullillah, rupa-rupanya berjaya.Saya telah membuat video tutorial tentangnya (dalam bahasa inggeris-supaya lebih mudah dicapai oleh sesiapa sahaja).Langkah ini belum pasti keberkesanannya pada komputer lain yang menggunakan platform atau sistem pengoperasian Windows Vista Home Basic.Jom tengok video nie(boleh ditonton dalam kualiti HD).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...