Moin

Misha Omar

Video Tutorial : Bagaimana Membuang Gadget Attribution Dalam Rekabentuk Template Blogger Terbaru

Setelah selesai menonton perlawanan tertunda (tertunda pun tertundalah...huhuhu)antara Brazil dan Chile (brazil menang 3 chile 0)saya berasa nak masukkan post mengenai video terbaru tentang bagaimana membuang gadget attribution dalam rekabentuk template blogger terbaru nie. Tapi saya rasa tak sepatutnya lah buang sebab ia merupakan kredit bagi pencipta template tersebut. Tetapi terpulanglah pada rakan-rakan nak buang ke tak nak. Bagi yang rasa nak buang dan tak tahu caranya, eloklah menonton video yang saya kongsi dengan rakan-rakan nie. Video ini dalam bahasa inggeris bagi memudahkan capaian sesiapa sahaja tidak kira bangsa, agama, negara dan lain-lain lagilah. Selamat menonton.


Video Tutorial : Bagaimana Mencipta HD Video Di Dalam Windows Vista Home Basic

Seperti yang kita ketahui dalam windows xp dan windows vista home basic tidak disediakan dengan kemudahan mencipta HD Video atau lebih mudah kita fahami iaitu High Definition Video. Jadi, setelah membuat beberapa pencarian di Google, saya tidak menjumpai bagaimana cara yang terbaik untuk membuat atau mencipta HD Video dalam Movie Maker bagi sistem pengoperasian Windows Vista Home Basic. Apa yang dijumpai hanyalah plugins dan cara-cara menggunakan plugins bagi HD Video di dalam sistem pengoperasian Windows XP. Saya cuba mengaplikasi langkah-langkah yang digunakan bagi memasukkan plugins HD Video ke dalam Windows XP pada Windows Vista Home Basic. Alhamdullillah, rupa-rupanya berjaya.Saya telah membuat video tutorial tentangnya (dalam bahasa inggeris-supaya lebih mudah dicapai oleh sesiapa sahaja).Langkah ini belum pasti keberkesanannya pada komputer lain yang menggunakan platform atau sistem pengoperasian Windows Vista Home Basic.Jom tengok video nie(boleh ditonton dalam kualiti HD).


Drake

Mirwana

Broery Marantika

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...